Sunday, April 11, 2010

Randoms...

So I didn't go to Lyna's place this weekend..Miss them la wei..tapi pagi tu rase cam tak sihat plakk..demam kure-kure kot..(Kekure sile jgn terasa) :P

Aisyah lak balik kampung..so this 2 days aku memang dok rumah jekla...what did I do? Re-watched "You're Beautiful", then watched Muallaf DVD..pastu tgk cite Ninja Assasin halfway jek..camne aku tak perasan aku beli yg VCD..ahhaha..da biase tgk DVD so bile tgk VCD jadi tak puas siot..ngade2 betul :P

Next weekend , Ari Jumaat malam tu ade plan ngan budak-budak berons..sempena Cik Ani Kebabom akan berkahwin dengan Incik Bad tidak lame lagi...Tahniah yee...Dgn ini sy ingin menjemput rakan-rakan seberonan sperti Mulia, Fairuz, Faiz, Cicung, Mag dan laen2 utk turut hadir pada malam itu.. :) Pelik tapi benar aku siap mimpi2 lagi wat party kat derang..bengong betul..hahaha..Pada hari Sabtu pula aku follow Along & Elly pegi melaka..Buat ape? sile tanye mereka..aku hanya turut serta.. :P

Next Next Weekend Guwe balik kampung.. sajelah balik.. sementara boley balik ni baik kite balik.. :) jumpe mama, eah ngan ella :D Along ngan Elly keje Sabtu so susah nak plan ngan derang..huhu..

Best gak maen link link blog orang ni..muahahah >:)

Last but not least, mari kita tengok ada apa dengan Muallaf :)



“Semua orang mencari Tuhan, tetapi dengan cara mereka sendiri” ….. Brother Anthony.
“109:6″~Al-Kafirun ayat 6 – “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
”105:1″ iaitu ayat ke-105 dalam Al-Quran Surah Al-Fiil dan ayat 1 iaitu “Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?”

Ayat itu menjadi titik tolak sebenarnya kepada cikgu Robert untuk mendalami Islam yang kemudian meminjam tafsir Al-Quran daripada Rohana dan Rohani.
Aku suka babak Rohana di sebuah kolej, di mana Yasmin sempat mencuit atau sedikit mengejek institusi pengajian di Malaysia yang tidak banyak menyediakan kursus agama. Sehinggakan dia perlu belajar di luar negara. Di dalam filem ini Rohana terpaksa melanjutkan pelajaran ke Singapura. Dan pada hakikatnya ramai anak muda kita belajar agama hingga ke Arab. Itu contoh!.
Yasmin juga turut mengkritik kehidupan orang2 kaya dan berpangkat. Bagaimana seorang Dato’ iaitu ayah kepada Rohana dan Rohani yang beragama Islam, tidak langsung rasa bersalah meminum arak. Tetapi berasa jijik pula dengan anjing. Ya! Menghalalkan yang haram!. Hakikat dunia hari ini! Yang mengejar kekayaan dan juga sifat kedekut yang ada pada Robert yang ditegur Yasmin dengan menyatakan ayat;
 ”104:3″ iaitu surah 104 Al-Humazah ayat 3 iaitu “Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!”


Sedar atau tidak, Muallaf juga menyingkap sejarah zaman Rasulullah yang dicedoknya dari Kisah Rasulullah dengan seorang tua di mana orang tua yang bukan beragama Islam yang selalu mengejek Rasulullah dan menikam Rasulullah dengan batu dan najis tetapi apabila suatu hari orang tua itu jatuh sakit, Rasulullah tetap menziarahi orang tua yang jatuh sakit itu, dan menyuapkannya bubur. Dan diselitkan di dalam Muallaf di mana Rohana dan Rohani menziarahi sorang budak perempuan yang koma. Walaupun tiada talian keluarga dan bukan seorang yang beragama Islam.
Dan apabila Rohana dan Rohani tiada, Robert telah mengambil alih tugas itu, seperti juga kisah Rasulullah dengan orang tua tadi di mana ketika Rasulullah mangkat, Saidina Abu Bakar yang mengambil alih tugas menyuapkan bubur kepada orang tua itu dan akhirnya orang tua tersebut telah memasuki Islam.


Dan ketika Rohana dan Rohani melawati budak perempuan yang koma itu, mereka sering membacakan ayat terakhir Surah Al-Baqarah;
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.


More at deennasour

Amcam..Ade Bran untuk menonton kepada yg belum? :)

0 comments:

Post a Comment