Kenapalah suka sangat merendah-rendahkan orang lain.
macamlah diri tu sempurna
bingit telinga asyik dengar cerita kekurangan orang sahaja.
semua orang tak reti, tak pandai..dia sahaja yang maha sempurna lagi maha reti
sedarlah wahai beliau,
perlu cermin diri sendiri sebelum berkata apa-apa
ia sangat merimaskan
perlu jauhi diri
supaya tiada perasan busuk yang mengeruhkan nurani
sedarlah wahai beliau
perlu cermin diri sendiri sebelum berkata apa-apa
jangan jadi manusia tidak bersyukur
perlu tahu dimana kaki kita berpijak
perlu tahu bumbung jenis apakah kita diami
jangan hanya berkata kalam sembrono sahaja
sedarlah kamu berasal dari mana..
aku hormati kamu
wahai beliau
bukan memandang rendah kepada kamu
tetapi
aku tidak mampu lagi berada dengan kamu kerana telinga tersangat sakit dengan kutukan hentaman kamu terhadap kalangan lain.
bicara kamu wahai beliau meracuni nurani dan turut terjerumus dalam fikiran kolot kamu.
sedarlah wahai beliau
tidak semua dikeliling kita suka dengan sikap berlagak kamu yang maha segalanya
kerana aku
sudah berasa sangat merimaskan
NAUZUBILLAH
hindari aku Tuhan dari sifat sebegitu kerana aku hamba serba kekurangan..
Hasil Copy Paste Dari Blog Adek Aku
Hur man laddar ner Tinke the Wolfgirl film
7 years ago

0 comments:
Post a Comment